11 jnis manusia didoa malaikat
ASSALAMUALAIKUM !
kali ng ktew nak kongsi sal 11 jnis mnusia didoa malaikat
hope korang try jdi antara 11 manusia nh
i'll try it 2
 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 “Sesiapa yang tidur dalam  keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak  akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si  fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” 
 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
 “Tidaklah salah seorang antara  kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci,  kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya  Allah sayangilah ia.’”
 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
 “Jika seorang imam membaca…(ayat  terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’  kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia  akan diampuni dosanya yang lalu.” 
 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 “Kalangan malaikat akan selalu  berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat  solat, di mana ia melakukan solat.” 
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
 “Kalangan malaikat berkumpul  pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam  hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan  malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi  pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari  (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas  pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:  “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang  sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka  sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari  kiamat.’ “ 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 “Doa seorang Muslim untuk  saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya  adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat  yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya  dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun  mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 
 9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 “Tidak satu hari pun di mana  pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun  kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti  bagi orang yang berinfak…’” 
 10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
 “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” 
 11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
 “Tidaklah seorang mukmin  menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat  untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan  di waktu malam hingga Subuh.”

Labels: cuba, doa, islam, malaikat, manusia