Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm Nur Aqilah. The owner of misspinkblackorwhite.ThanKYU



Entries About Linkies Stuff


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

ubat patah hati ツ

kalau kita patah hati , mesti ada ubatnya
sebab setiap penyakit kan ada jep ubatnya walaupun susah untuk dicari
dan setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya !
kalau ubat hati itu ada lima, maka ubat patah hati juga ada lima :


1. Jangan mendramatik-kan keadaan

Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama. Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis. Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?

maksudnya kalau sedih , jagan terlampau melakukan perkara yang akan mengingati kita kepada benda tuh , baik kita buat benda yang akan membuatkan kita terlupa akan masalah tersebut

2. Putus asa itu dosa

Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Rasulullah bersabda : “Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” (HR. Al Bazzar dan Thabrani)

janganlah sesekali kita fikir bahawa semua benda yang berlaku tak ada hikmah langsung
sebab semua benda yang terjadi telah Allah aturkan .. Dia hanya nak menguji kita sejauh mana kita mampu bertahan (◕‿-)

3. Jangan menyendiri

Kamu jangan menyendiri. Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula. 

bila kita ada masalah , jangan pendam , nanti akan lebih menyakitkan
sebab tuh kita perlua mencari sahabat yang sejati :)

4. Perbanyak kegiatan positif

Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan. Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah. Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka.

banyak lakukan perkara yang medekatkan kita kepada Tuhan
sebab Dia cuma nak menyedarkan kita daripada kesilapan yang lalu 

5. Bersyukur, berusaha dan doa

Kalau kita putus dari ikatan couple, itu bererti kita terbebas dari perbuatan mendekati zina. Kita harus bersyukur. Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni. Buktikan kita serius. Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi. Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti!
alhamdullilah .. Ya Allah .. terima kasih kerana membuka mataku

terima kasih kerana menunjukkanku jalan yang terbaik dan benar ◠‿◠
#kopipasta daripada penpatah