Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm Nur Aqilah. The owner of misspinkblackorwhite.ThanKYU



Entries About Linkies Stuff


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   



assalamualaikum ! rasa macam lama dah  tak update blog .. wwweee ~ ghindu nyeee
seriusly , perasaan rindu kepada sekolahkusyurgaku tak sampai lagi woOoO .. 
dan aq harap perasaan tuh tak akan sampai .. hahak 
jangan harap aq nak rindu kat sekolah tuh .. why ?
sebab banyak masalah .. so many lor ~

btw aq stress sangat-sangat kelmarin 
sangat , amat , sungguh 
why ? sebab result bahasa kegemaran aq ~> bahasa arab
fuyoOo ~ comam ngad-ngad .. meletup kebaboOm arh 
sebelum nih tak pernah lagi aq dapat markah sampai macam tuh .. nih first time
tapi aq bersyukur sebab aq pass ~> bukannya fail ke ape 
tapik nih markah yang terendah aq dapat sebelum nih

kenapa aq stress sangat pasal menda nih ?
sebab orang lain okay je result diorang and lagi satu ada sumber yang mengatakan
tahun depan susun kelas ikut markah bahasa arab
tuh yang paling aq takut sekali .. tengok-tengok tahun depan aq ? no more mutanabbi lah jawabnya !
please jangan susun macam tuh .. aq tak nak turun kelas !
tapi kan , kalau susun kelas macam tuh , aq takut aq terikut-ikut lah budaya diorang
bukan niat aq nak mengata , aq tahu perangai aq pom 2x5 je .. tapik aq dah biasa duk lam kelas tuh
susah lah kalau turun kelas .. TAK NAK !!


and lagi satu , kalau result aq down , mesti ada jep yang tak puas hati
mulalah nak mengata , nak berhubung kait dengan benda tuh , benda nih
aq tak suka lah macam nih .. please lah awap semua 
kenapa ada je orang tak puas hati ? aq tak paham laaa
aq sedar , sebelum nih memang aq banyak sangat buat salah , yup ! aq bodoh sangat dulu-dulu
tapik sekarang , aq dah bangun , aq sedar aq macam mana dulu
menyesal bila aq teringat balik 
tapi tolonglah bagi aq peluang , i need to change myself :(


AAAARRRRGGGHHH ! tekam sangat-sangat nih .. Tuhan je tahu macam mana aq sekarang
tapi sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil .. Dia tetap kirimkan aq beberapa orang yang masih still sayangkan aq 
terima kasih ya Allah .. aq bersyukur sangat-sangat
buat yang masih menyokong aq .. temkiu .. sayang korang ketad-ketad 
Tuhan jor yang boleh balas jasa korang .. *tears :'(


Qarin AKA Karin ~

sharing is caring , betol tak ? 
so disini aq nak share pasal qarin 
buat yang belum kenal tuh , jom lah kita kenal-kenal
and buat yang dah kenal tuh , mari kita kenal lagi  
Pernah tak korang dengar tentang jin yang bernama Qarin atau Karin ni. Dikatakan jin ini akan dilahirkan bersama-sama manusia tetapi bila manusia mati,jin karin ni tak mati. Betul ke? Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang kisah karin, yang dikatakan jin kembar kepada manusia ni.

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Qurandan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarin ku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
Wallahu’alam ~

credit to ~>awakkk