Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm Nur Aqilah. The owner of misspinkblackorwhite.ThanKYU



Entries About Linkies Stuff


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

maaf

kesalahan aq kali nih , memang besar
kerana ia akan menguris perasaan kawan aq tuh , SELAMANYA !
dan dapat aq rasakan , mesti ramai yang akan mengutuk aka makoh aq nanti
kalau lepas aq mintak maaf , dan dy still tak maafkan aq , aq redho
tapi selagi aq tak mintak maaf , selagi tuh aq akan dibelengku rasa kesalahan

kawan , tolonglaa maafkan aq
nanti bukak sekokah nih , aq akan mintak maaf face tp face pulak dengan dy
sebab cara nih , lagi berkesan
kan ?

okeh , sekatang aq nak kongsikan sikit tips
sajer je google
lagipom aq tak boleh tido
tak mengatok pom

langkah-langkah :

Langkah-langkah:

1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.
7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
9. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.

Panduan-panduan:

* Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
* Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
* Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.


copy and paste jep nih

Labels: , , ,


kelemahan aq , susah nak buat keputusan !

ambek kau , panjang lebar tajuk entry kali nih
nih entry pendek je
al-maklum , mengejar masa gituuu

kenapalaaa aq susah sangat nak buat keputusan
macam sekarang nih , tak taw nak balik bila asrama
esok ke petang nih ?
macam mana eh ?
sekarang nih pom x boleh buat keputusan lagik

kalau pegi petang , memang selamat , tapik
gerenti boring malam nih sebab geng-2 aq nak datang esok
nanti sahur , mesti aq tak makan sebab malas nak turun
maknanya ,berlapar laa aq seharian nanti
mesti menyesal kalau yang datang esok tak kena apa-apa tindakan
aaahhhhh !

kalau datang esok ,
boleh bukak puasa and sahur ngan pemeli
gerenti tak boring sebab ada banyak kemudahan , komputer , tv
tido malam gerenti lena punya !
tapi ... takut kena banyak tindakan oleh cikgu yang kiut-kiut laa
lagipom , hari tuh , aq dah kena tindakan sebab datang lewat
kalau kena untuk kali kedua camner ?

so , it's hard to make decision !
please don be like me !
tak ada pendirian tetap
dan pengecut
lalala~

Labels:


mataku merah~

tolong !
aq tak boleh nak bukak mata
dah lah jadi merah + berair plak tuh
bak kata mak aq 
nih sebab kuat tido ..
btw asal mata aq sakit hari nih ?
kenapa bukan esok ?
bolehlah aq mintak cuti
tak payah balik asrama hari sabtu 
 n boleh lah aq pegi hari isnin ke
 lalala~

mood sekolah belom datang-datang
dah lama menghilang
malas nak pegi sekolah
tolonglah panjangkan lagi cuti nih !!

dah lah nanti pegi sekolah gerenti stress
dengan result lagik
dengan ......
btw no school no stress !

Labels: , ,


novel , kau merasukku !

andai itu takdirnya ..
aq redha ya Allah

wah wah ..
pehal aq dop jiwang nih ?

nih semua sebab kekawan aq dop syok baca novel
sampai aq pon terikut-ikut
 first novel yang aq baca ialah

 ombak rindu ..

kenapa aq baca ?
sebab aq dah tengok jalan cerita dy dalam tv best so aq jadi
berminat nak tahu macamana jalan cerita dy dalam novel
lagipun kakak aq bagitau novel lagi best !

so habis je baca memang novel more better la
tapi dalam tv pun okay jugak ..

selepas tu aq jadi berminat nak baca novel
jadi aq pon baca lah novel
andai itu takdinya 
percaya atau tidak 4x aq nagis ..
wwaaaaaa
drama siot aq nih!

memang sedih la novel nih ..
tak terkata aq
nih novel paling best aq pernah baca
although aq baru baca 2 novel ..
haha

then aq baca lagi
novel sepupuku suamiku
 romantik yang amat lah novel nih
kalau boleh aq nak husband macam nih nanti
tapi aq tak nak cerai !
jauh tul pemikiran aq nih ..
belom sampai umur lagi la

dan sekarang nih aq tengah baca novel bicara hati
ramai cakap novel nih best
nanti aq habeskan yep 

kay lah aq nak cau dulu
kerja sekolah bertambung2

Labels: , , , ,


aq 14 =)

tepat jam 12 pagi tak dih aq berumur 14
udah tua
tapi perangai belom matured
so kena maturedkan diri =)
wakaka~

ada lah beberapa orang wish happy befday dekat aq
aq bukan retis .. kalau aq retis memang ramailah wish dekat aq kan
sampai tak sempat nak jawap
berangan suda~

walaupun hari nie hari jadi aq tapi hari nie macam hari2 biasa je
sebab ?
hari nie aq kena balik hostel lah 
bak kata kawan-kawan aq
hostel aka penjara besi
adoi ! pdah ~

lain kata no more !
sedey !
apa pun aq balik hostel >> nak belajar kan ?
chayok !

Labels: , , , ,


entry terakhir

entry terakhir ?
asal ?
yelah ..malam nih lah malam terakhir aq umur 13 
kul 12 nanti aq akan berumur 14 dah
dah tua dah
tapi perangai macam budak-budak lagi
dah banyak aq lalui sepanjang aq berumur 13 nih
pahit manis ...
*ayat karangan ke nih?*

semasa aq berumur 13 jugaklah aq mengenal asrama atau 
nama lain the hell
lalala~
semasa aq berumur 13 jugaklah aq semakin matured
tapi still perangai macam budak-budak
semasa aq berumur 13 aq mengenal bumi wataniah
sekolah yang hebat
tapi asrama tak hebat =P
aq mengenal kawan-kawan baru
ada yang baik , ada yang jahat, ada yang tikam belakang
dan lain-lain
tapi walaupun demikian , ada sesetengah tu aq sayang sangat-sangat
dy lah kawan aq dunia n akhirat =)
okay ! aq tak ada idea nak tulis apa

kesimpulanya
1 hour and 30 minutes more ! 
+

Labels: , , , , , ,


BEN ASHAARI AJAK KONGSI CERITA CUTI SEKOLAH

Ceritakan kenangan anda sewaktu cuti sekolah dulu dulu dan perbezaan yang korang nampak dengan sekarang .. 
 
dulu
cuti sekolah tahun lepas the best !
sebab ?
sambut hari jadilah
memang best ..
syok beb !
dah lah sambut dekat pantai ..
dengan udara nyamannya
+ pulak dengan pemeli
best sesangat !
 
sekarang
teramat sangat sungguh boring
sebab ?
hari jadi aq hujung cuti sekolah >> 17.3
so tak sempat nak sambut
and kakak-kakak aq tak balik ..
tinggal aq sesorang rumah
mak ayah kerja ..
sob sob ..
nih lah sebab aq selalu join contest 
hehe
  n 1 more sebab kaki aq sakit laa beb !
adoi !

Labels: , , , ,


alaa dah habes .. baru nak minat

saper yang suka citer nih tekan sini !

malam nih episode akhir dy
waaaa
aq baru nak terminat ngan citer nim
sebelum nih asyik dop dengar kekawan dop citer sal citer nim lam kelas time cikgu mengajar cikgu tak mengajar
bunyi macam best 
tapi bila aq balik umah je *aq stay kat hostel*
try lah bukak tonton tapi baru 5 minit tengok dah boring
asal ?
sebab aq tengok episode 1
memang boring lah beb !
jangan marah erh !
kawan aq cakap sebab time tu diorang gadoh-gadoh lagi
so tak der lah romantik-romantik cam nih
 aaahhh .. cuwitnya ...

tapi yang paling aq tak suka
kalau citer melayu je mesti ada pengacau
n pengacau nih lah mesti jahat yang amat sangat sungguh
siap nak bunuh-bunuh lagi
lam citer nih tak tahulah ada ke tak
sebab aq start tengok time episode akhir je
baru tak dih
 
kesimpulannya....
padan muka aq sebab tak tengok awal-awal
kwa3
 
saper nak share kredit kat aq ?
i need it !

Labels: , , , , ,


Tuhan Berikan Aku Cinta~


Lirik lagu Ayu Shita – Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

maaf mood nak berjiwang-jiwang malam nim
nih semua sebab tak ada orang text aq ! 
adoi !!

Labels: , , , , ,


kisah seorang ibu



Ini kisah sedih seorang ibu. 
Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat 
menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
credit to : sini

Labels: , , , ,


2 minggu yg amat tension .....

rindu lah ngan blog nih ...
lamer tul tak buat entry
maklumlah stay kat asrama kan ?
masa ictl tak boleh bukak internet
tension betul !!
 
ditambah lagi dengan problem kekawan ..
exam lagi ..
fuh ! sakit kepala lah !!
harap sangat minggu depan menjadi minggu yang paling best
no more tension2 nih 
nak relax jep ...
n dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang
kalau dapat nombor yang ko memang memalukan lah
ye lah name je kelas yang first tapi ...
huh !
sal problem kekawan nih ...
memang menyakitkan ..
sangat-sangat menyakitkan ..
huhu .. tapi apa nak buat
salah aq jugak kan ??
tapi no body's perfect !
aq tahu aq yang salah ... kan ?
aq mengaku .. lalala ~
dah lah .. 
aq nak study dah
perasan rajin
wasalam =)
sejak bila minat bagi salam nih ??

Labels: , , , ,


pesbuk baru ??

jom sambung kesedihan yep 
entry ni kira sambungan kepada entry nih tak terbelit ke ayat nim ?

lepas kejadian tu , ktew pun buatlah pesbuk baru
nama pesbuk , picture profile pun sama
hehe
tak ada idea lah
lagi pun suka yang lama tu

saper-saper yang belum di-add tu bolehlah add sini 
tengok berapa friends ktew ?? 20 jep !
daripada sebelum nih dekat 1000 lebey
sob sob
tengok ??
huh ! stress weh !

btw .. ada saper-saper tahu macam mana nak pujuk seseorang??
ktew tngah berusaha nak pujuk bff ktew masuk wataniah
susah tul !

update !!


tengok ?? sajer je dia nak sindir !!

Labels: , , ,


okay malam nih sesangatlah BORING !!

ASSALAMUALAIKUM ..

fulamak ..panjangnya tajuk entry kali nih ..
huhu
boring lah malam nih
 tak tahu nak buat apa
memang sesangat-sangat-sangatlah boring !!
nak buat kerja sekolah pun rasa macam malas jep
tapi tetap paksakan diri supaya rajin ..
lalala~
keje sekolah + dengar lagu mp3 + layan pesbuk + bw
haha .. tapi tetap tak hilang jugak mood boringku ini

mana tak boringnya ..
bukak pesbuk = tak ada orang online
ada cuma tak berapa rapat + kenal

nak main mesej2 pun sim card ktew kena block
sebab ??
citer nye macam nih

ary 2 gatal tangan nak buat sim code .. 
last-last dia suruh masukkan PUK code
ktew pun apa lagik .. punyalah takut
pastu tanya kekawan , dia cakap PUK code 2 ada kat belakang simcard
apa lagik ?? tengok simcard 2 ada
then taip2 
pastu dia suruh masukkan pin code baru
so masukkan lah .. last2 error!!
saper tak naik angin
try-try lah banyak-banyak kali 
lepas tu >> simcard kena block

so that's is the sad story
waaaaaaaa
boring weh .. nak mcj sama gewang-gewang pun tak bleh ..
huhu

Labels: , , , , ,


ape nak buat ~

copy n paste from : -HERE- 
Sejam Peluk Mayat Kekasih

 
 
GEORGETOWN – Perbalahan antara sepasang kekasih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Teman wanita yang berusia 22 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 17, di Flat Taman Utara, Batu Uban, di sini, kira-kira jam 1.20, awal pagi, semalam.
Mayat mangsa, Lau Kah Kah, dijumpai oleh teman lelakinya, Yeoi Khoon Xing, 21, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima flat itu.
Difahamkan, Khoon Xing bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati teman wanitanya berhasrat membunuh diri namun tidak sempat menghalang mangsa daripada mengambil tindakan drastik itu.
Khoon Xing yang berbaring di sebelah Kah Kah yang sudah tidak bernyawa terpaksa dipujuk hampir sejam oleh anggota polis selepas dia enggan melepaskan mayat teman wanitanya.
Penduduk di situ memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis setelah terdengar bunyi benda terjatuh diikuti jeritan kuat seorang lelaki.
Dalam pada itu, menurut adik si mati yang enggan dikenali, dia melihat kakaknya dalam keadaan muram ketika membalas dan SMS serta panggilan telefon daripada teman lelakinya.
Kemudian, dia melihat kelibat si mati, Lau Kah Kah yang juga pelajar kolej kelihatan keluar dari rumah dan berlegar-legar di kawasan balkoni flat rumahnya, sebelum dia dipercayai terjun dari tingkat 17, pangsapuri itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
“Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan maklumat daripada adik si mati dan teman lelakinya.
“Polis turut mengambil kira kandungan SMS yang dipercayai menjadi motif si mati bunuh diri. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.
Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk menemu ramah abang si mati di rumah mayat HPP tidak berhasil kerana dia masih trauma dan bersedih dengan kejadian menimpa adiknya.
Keterangan Gambar
-Sinar Harian-

Labels: , ,


macam mane nih ?? tolong !!!


ini entry sedih .. *bagi diriku laa*
x dih gatal2 tangan nak potong tudung *tudung labuh*
last2 terpotong sampai singkat sangat * soz .. ayat campur2*
 
macam mana nih ?? macam mana nak bagitahu umi nih ??
jawap nya kena marah leeee
aaaaahhhh !!!
PADAN MUKA !!
kan umi dah cakap .. kalau nak potong .. biar umi buat
yang gatal tangan tu asal ??
wwwaaaaa !!!
x pasal2 kena beli tudung baru * bukan ke itu satu kelebihan ?? hihi*
ape pon memang takut giler nih !!
 
x pasal2 nanti kena pinjam tudung dengan member2 ..
*cewah .. memeber siap !*
kay lahaa ..
ktew nak pergi sambung nangis ...
wwwwwwwwaaaaaaaa
 
    

Labels: , , ,


fb buat hal !!!

hish .. geram se geram geram nya 
haya !
asal pepagi *pagi kpala hotak ko .. dah tengah hari la~*

buat hal dah ...
hish 
x cayer tngk nh
siap print screen lagik
semangat x semangat nih
wahahaha
 ktew raser fb ktew yg buat hal
mengada3 ..
cptlaaaaa jadi balik ..
no fb = no fun ..
hehe

UPDATE !!

yeye .. fb dah balik ..
huhu

senang jep nak suh dia jadi balik
sign out je sekejap
pas2 jadik balik
x cayer tngk gmbr nih
penoh ktew komen maser x jadik 2 ..
haha

 hehe ..
penoh fb ....




 

Labels: , ,


welcome 2012



 selamat datang 2012
selamat tinggal 2011

semalam tengah tengok konsert reunion af 
best sangat-sangat-sangat adira ngan hafiz nyanyi lagu ombak rindu
huhu
 
b'jiwang2-jiwang lah malam 2 kan
kwa3



btw today is the last day
last night
last day
last night
hehe

letih betul packing barang nih
maser packing barang nak-balik sekejap jer
yelah .. semangat
tapi packing barang nak-pergi semangatnya mana ??
huhu
tapi x risau sket pon sebab hari khamis nanti bley balik
yippy !! sebab ktew nak pergi hantar kakak ktew masok u
so bleylah cabut-lari balik
maybe ktew akan sekolah hari selasa,rabu n khamis
then balik
pergi semula hari selasa
haha ! best kan
lepas 2 balik pulak
hehe
ader lah semangat sikit kan ??
hope 2012 nih merupakan tahun yang baru buat diriku*cewah!*
tahun senior buat diriku .. yg perasan senior
maybe nih entry terakhir ktew untuk ....  
esok .. tepat jam 2.00 ptg akan bertolak ke machang
huhu .. my fav hell =)
welcome back my old hell .. miss u =))
harap2 tak ader lah dugaan untuk diriku ini
dan 1 lagik harap2 warden dapat lembut hati bagi
ktew balik
hehe
ini peluang keemasan .. maner boleh lepaskan

 



Labels: , , , ,


The Last Day ...

hari ini merupakan hari yang terakhir untuk tahun 2011
banyak suka-duka-duka yang telah dialami*cewah ! buat ayat karangan ke ni ?*
huhu ...
hari nih hari sabtu .. esok ahad .. then isnin
no more fb , blog , tv , tidur , dll
memang sedih ..
hari nih jugaklah umi suruh ktew packing ...
hate it !
x dpt nak bayangkan lah macam mana tahun hadapan
yelah .. dah jadik senior .. kwa3
berdebar-debar lah .. dah lah tak sekelas dengan kawan ktew
ader jugak yang sekelas tapi banyak yang tak
kerja sekolah = beres
wahahahaha .. senang hidup kejap
tapi wifi = stremyx = mengada-ngada
sajer je x na bagi ktew maen time2 nak bukak sekolah nih
nih pun terpaksa guna brukband yang amat-amat-amat-amat
menguji kesabaran ..
aper nak buat

azam ktew tahun depan
*cewah !! ader azam jugak !*
  1. nak diet  
    *wakakaka* 
  2. nak jadik rajin  
    *yelah 2 *
  3. x nak bagi blog nih meninggal  
    *hehe* 
  4. nak berbaik-baik dengan sep2 junior 
    *haha .. okay ! nih sajer2 je*
  5. nak dapat 4a ^
     
    so that's all lah
    x tau nak tulis aper dah
    yang contest2 2
    ermmmm .. kalau menang harap2 dapat tuntut cpt2
    kalau kalah .. it's okay
    x berharap sangat pun .. sajer2 join contest2 2
    mengisi masa lapang jer

 
    

 
 

Labels: , , , , , , ,